27.3.13

Manusia dan Aku..

Good evening everybody...hari ni saja nak berpantun lepas geram..tensen dengan perangai-perangai manusia sekeliling saya..jadi guru ni dah ler tinggal bape kerat..itupun nak berkira.. kedekut kudrat..ni cikgu bahasa Inggeris plak nak berpantun..suka hati saya yer..jgn marah cikgu bahasa Melayu kalau sumbang bunyi pantun di bawah..

Makan nasi sambal ikan belida,
Duduk bersimpuh di tepi sawah,
Hidup ini ibarat pusingan roda,
Sedarlah diri kita pun pasti ke bawah.

 

Membawa karipap untuk dijaja,
Karipap di letak di dalam raga,
Janganlah nak fikir diri sendiri sahaja,
Satu hari perlukan pertolongan orang juga .

Pergi ke kota membeli kain, 
Tiba di rumah hari dah malam,
Tak fikir ke perasan orang lain,
Ada hati dan lara terpendam.

Berwajah muram si anak dara,
Hati di dalam berkeluh kesah ,
Time ko punya kerja semua nak segera,
Orang lain engkau buat tak kisah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...